Tuesday, January 24, 2012

Crush

Macam jarang nak bercerita about cintan cintun dekat blog ni. Ntah kenapa hari ni terdetik nak share something berkaitan crush crush crush ni. Maybe di sebabkan terlalu ramai yang talk about crush and berdasarkan pengalaman di sekeliling D.




Ya sebut CRUSH je semua orang tau kan maksud dia. Konon nya suka dekat somebody senyap senyap or admire him/her or ada perasaan suka dekat si dia or minat dekat si dia dan sewaktu dengan nya lah. 

Berdasarkan pengalaman di sekeliling D,memang majoriti pernah je ada crush on someone. Cuma kadang kadang mereka yang ada crush ni lebih suka mendiamkan diri daripada share dengan kawan kawan mereka tentang crush mereka. Katanya malu and takut kawan kawan gelak kan. 

Sometimes bila kita beritahu kawan kawan sekali pun,mereka seperti buat tak endah dan maybe bosan when kita always talk about the same person again and again. Tapi tu lah lumrah hidup manusia kan. Kita hanya mampu bersabar.

Bila hati dah berkenan tetapi jenis yang suka memendam perasaan sahaja memang bahaya.Kononnya sebab  tak berani nak luahkan, takut di reject so better mendiamkan diri. Tetapi hati mesti parah bila dapat tau crush kita dah ada someone else or layan orang lain dengan begitu mesra sekali. Mestilah sifat cemburu tu ada walaupun dia tu sekadar crush kita. 

Seriuosly kadang kadang rasa macam nak menangis pun ada bila cuba untuk memendam perasaan daripada meluahkan kepada si dia. Rasa berat gila macam perasaan yang di tanggung.Mungkin situasi sebegini bagi mereka yang teramat menyukai crush dia. Maybe cara crush korang layan korang buatkan korang rasa diri korang dihargai dan crush korang macam beri harapan yang tinggi kan. Dan lagi satu cara dia berkomunikasi dengan korang pun macam lain je padahal dia buat perkara yang sama kepada orang yang dia kenali.Time tu mesti korang rasa sedih gila and rasa macam nak give up and try to forget korang punya crush. Tapi D boleh agak memang susah punya korang nak lupakan crush korang macam tu je kan.D bercakap berdasarkan pengalaman orang-orang di sekeliling. Situasi macam ni memang pernah berlaku.

And and this song macam sesuai je dengan situation korang korang yang jenis pendam perasaan ni xD  

Part paling bahagia bila crush korang kan actually minat dekat korang juga.Wah time tu hati mesti berbunga bunga je kan. Tapi part yang paling sedih bila korang terpaksa lepaskan dia di sebabkan crush korang di minati oleh orang lain and demi taknak berebut rebut untuk dapatkan dia dan cuba undur diri untuk kebahagiaan yang lain yang juga minat crush korang. Baik betul lah hai -,- 

Kadang kadang mereka suka meluahkan rasa kesedihan,rasa gembira berkenaan crush mereka dekat tumblr,blog,twitter dan sebagainya. Mungkin dengan cara itu buatkan mereka rasa lebih lega. Sometimes dengan cara tu boleh menjadi. Sebagai contoh D jadikan tumblr D sebagai diary. No one boleh baca kecuali D hehe. Selalunya twitter jadi tempat mereka mereka ini meluahkan perasaan sedih mahu pun gembira.



Percayalah cakap D orang yang sabar ni selalu akan dibalas dengan kebaikan. Kita hanya mampu bersabar dan setia menunggu. Sekiranya jodoh kita bukan dengan crush kita tu maybe jodoh kita dengan orang yang lebih baik dari crush kita Tapi memang hard lah nak lupakan dekat crush kita yang sememangnya kita suka dan anggap macam kita dah temu jodoh yang sesuai untuk diri kita sedangkan crush kita sendiri tak tahu yang diri kita ni minat dekat dia. Apalah reaksi crush kita kan if dia dapat tau kita suka dia? Mesti rasa akward kan kan. Dan mesti rasa segan nak tegur diri kita if dia dapat tahu kita crush on him/her. So for me better lah mendiamkan diri daripada kecoh kecoh yang kita crush on him/her right? :) Tapi ada je yang berani confess tak kira  lelaki atau perempuan. Diorang rasa lega bila diorang luahkan segalanya. Lain orang lain pandangan nya lain caranya. 


Cutekan. D ternampak link ni saja nak share. Ayat tu cukup bermakna buat D :)



Biarlah semua ni menjadi iktibar untuk diri saya dan kamu semua. Jangan lah bersedih sekiranya anda masih belum ketemu jodoh pada usia 20 an ini. InsyaAllah akan datang jodoh dari Allah tu untuk kita.Sentiasalah berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik baik. Biarlah Allah yang pertemukan kita pada waktu yang sesuai pada saat kita benar benar bersedia  Amin InsyaAllah :)


No comments:

Post a Comment