Monday, May 7, 2012

AKU

Sesungguhnya segalanya bermula dengan





Aku duduk keseorangan di bilik bertemankan kipas dan cahaya lampu yang menghidupkan mata segar ku pada malam ini.
Aku ditemani juga dengan lagu lagu yang dipasang dilaptop dengan ditutupi headset di telinga.






-----> Saja bagi nampak meriah sikit dengan      gambar  :D










Aku dengan sedaya upaya mengeluarkan cebisan idea untuk dikongsi bersama.
Aku dengan sepantas kilat menaip di Note yang berada di phone ku sebarang idea yang terlintas dibenak fikiranku sebelum dicurahkan di blog.
Bermulalah kisah "Aku" di sini.

Aku adalah salah seorang dari kaum hawa yang tidak mampu untuk memandang mata mahupun menatap mata insan yang bernama lelaki kecuali ayahku.
Aku cukup pasti ada saudari yang juga punyai spesis sama seperti ku.
Aku mengharapkan para lelaki janganlah kamu cuba untuk memandang mata ku.
Aku akan tertunduk sahaja pabila bercakap dengan kamu wahai lelaki.
Aku akan alihkan pandangan ku ke tempat lain atau cepat cepat berpaling dari mu wahai lelaki.

* Aku pernah terbaca seorang sahabat menyatakan lelaki bila berinteraksi dengan perempuan jangan pandang mata tapi pandang diantara dua mata. Dengan maksud lain pandang antara dua kening,bahagian batang hidung dan dahi.


Aku tidak tahu haruskah aku cemburu.
Tatkala ramai kawan kawan sering menjadikan dirimu sebagai isu hangat perbualan.
Aku hanya diam pabila mereka bicara tentang kehebatanmu,akhlakmu,wajahmu,perwatakanmu.
Kemana ku pergi tidak kira tempat atau masa.
Sesiapa sahaja bila ditanya mesti mengenalimu.
Bagiku kau terlalu susah  untuk dimiliki.
Apa yang harus aku lakukan hanya mohon doa dari illahi.
Aku tidak respect dengan manusia cepat sangat berubah hati.
Kata seorang sahabat lagi.
* Dont trust people whose feelings change with time. Trust those whose feelings remain the same even when time and circumstances change.


Aku tidak hingin menjadi wanita yang terhegeh hegeh mendambakan kasih.
Aku tidak hingin menjadi wanita yang "plastik" didepan lelaki hanya semata mata mahukan perhatian.
Aku hanya hingin persiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
Ah persetankan apa pandangan orang terhadap kita ( Maksud lebih kepada orang yang mengutuk kita)
Aku hanya hingin menjadi kebanggaan  kepada kedua ibu bapa ku.
Aku hanya hingin menjadi contoh yang baik kepada adik adik ku.



   ----> Maaf tulisan ku serius nampak hodoh. Create guna Paint dekat laptop sendiri xD









Aku cukup menyampah dengan manusia yang cukup suka cakap BOSAN berulang kali dalam hidup dia.
Aku kurang berkenan dengan manusia yang berulang kali cakap FOREVER ALONE.
*Cakap sekali sekala dah cukup.
Aku mengerti korang BOSAN dan FOREVER ALONE.
Apa kata korang cari inisiatif yang terbaik untuk menggembirakan hati kalian.
Takkan ada perkataan TIDAK atau TAKDE untuk mencari sesuatu yang terbaik untuk dilakukan.
Siapa siapa yang cakap TIDAK atau TAKDE,mereka mereka ini memang tergolong dalam manusia yang tahap pemalas maksimum hmmm

Aku hanya ada senaskah Al-Quran terjemahan yang kecil disaluti bekas berwarna pink.
Aku mengimpikan sudah agak lama untuk ada Al-Quran pelangi berwarna warni yang hanya jual di Indonesia sahaja katanya hmm








-----> Yes ini yang ku mahu kan. Cantik kan :)










Aku berharap sangat Al-Quran ini ada jual di Malaysia.
Aku juga berharap kalau kalau ada yang ingin menghadiahkan aku Al-Quran ini. Sungguh ku terharu.
Bukan hanya beli untuk dibuat sebagai perhiasan tetapi untuk dibaca juga.
Aku pesan untuk diri.
Aku memang cukup menyampah bila ada yang menyuarakan rasa tak puas hati pabila ada yang menginkin Al-Quran pelangi ini.
Kata segelintir manusia, mereka yang mahukan Al-Quran ini hanya untuk menunjuk nunjuk atau buat perhiasan di rumah.
Aku gelarkan mereka ini cetek fikiran.Berdosa manusia ini cakap sebegitu rupa.Serius rasa sedih pun ada.


Aku jika tiada  Al-Quran pelangi ini sekalipun,sentiasa nasihati diri jangan berhenti dari membaca Al-Quran.
Jangan berhenti dari membuka Al-quran untuk dibaca walau sebaris ayat dalam Al-Quran.
Demi Allah aku cakap pabila hati tak tenang,rasa sedih,cubalah baca Al-Quran.
Hati yang tak tenteram itu akan pulih lama kelamaan. InsyaAllah.
Aku cakap ni bukan auta tapi fakta.


Aku,aku,aku dan aku.
Segalanya bercerita berdasarkan "Aku"
Segala salah silap apa yang diperkatakan harap di maafkan.
Sesugguhnya apa yang buruk datangnya dari Aku dan yang baik itu datang dari Allah.

Nampaknya mata mulai layu.
Cukup sudah lah bercerita dulu.
Ada peluang akan Aku buat lagi entry yang baru.
Ku labuhkan tirai malam ini dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh :D


No comments:

Post a Comment