Wednesday, May 30, 2012

Bulan dan bintang

Dimulakan dengan



"Just look up,we are both under the same stary sky"


Aku terlena dari tidur dan ku melihat jam di handphone ku yang baru pukul 2.20 pagi. Dan memang setiap kali bangun tidur handphone yang aku cari dulu, mana lah tau ada message.Hmm tapi nampaknya memang setiap hari tengok,setiap harilah takde message yang masuk.Ooh sedih beno dan bukan nak cakap aku dalam kalangan forever alone.Oh no no.Definitely not.

Dalam pada aku menaip setiap perkataan untuk entry baru, malam ku dihiasi dengan lagu Because it's you - Piano version. Janganlah dikatakan diri ini jiwang,malah lebih sesuai dikatakan sentimental mood di pagi buta begini.Jari jemari ku dah sedia untuk meneruskan cerita dan aku membetulkan kaca mata yang dipakai biar lebih selesa.

Kita sedia maklum,bulan dan bintang muncul di kala malam dan tersembunyi dari pandangan di siang hari. Dan aku salah seorang yang gemar melihat bintang dan langit waktu malam.Ini serius tak tipu punya. Ooh sungguhlah syahdu sekiranya tengok langit dengan disantapkan lagu lagu yang sentimental.Boleh bergelinang air mata.

Pernah satu ketika aku memandang langit,kemudian aku tertunduk diam membisu lalu air mata mengalir membasahi pipi. Kemudian aku terfikir begitu indah ciptaan tuhan kerana bulan dan bintang menjadi teman di malam hari. Aku juga terfikir alangkah indahnya kalau bulan dan bintang boleh faham kesedihan dihati. Kadang kadang manusia tidak mengerti apa yang tersirat disudut sanubari. Kadang kadang mulut tidak terucap untuk berkongsi masalah dengan orang lain malah lebih gemar untuk mendiamkan diri.Ada kalanya dengan menangis mampu menghilangkan rasa beban yang ditanggung.

Bulan dan bintang juga menjadi pelengkap.Dimana ada bulan disitulah ada bintang.Tapi kadang kadang bintang tak muncul di kala hujan.Sama juga dengan manusia.Sentiasa saling melengkapi diantara lelaki dan perempuan. Tapi tidak semua mampu untuk saling melengkapi untuk jangka masa yang lama.Kadang hanya bertepuk sebelah tangan.Tapi yang penting penghujung jalan cerita bagi kisah hidup kita, InsyaAllah akan dilengkapi sepenuhnya yang terdiri antara lelaki dan perempuan yang saling menyayangi till jannah.

Dan bulan dan bintang juga menjadi saksi bahawa hati seseorang sedang dilanda perasaan rindu. Betul lah apa yang dikatakan seorang sahabat,kita memandang bulan dan bintang yang sama dan tidak salah bila rindukan seseorang kita pandang ke langit yang dilengkapi bulan dan bintang.Mana tau orang yang kita rindui turut sama memandang ke langit dan merindui kita.Mana lah taukan.Aduhai serius penuh drama ayat ayat aku.Penangan drama korea lah ni.

Dari aku dekat meja hinggalah aku alih kan laptop ku katil.Rasanya dah cukuplah pengisian cerita untuk kali ini. Jari jemari mula longlai, fikiran mula melayang dan idea kian tiada. Noktah terakhir, Assalammualaikum sebagai penutup kata :)

2 comments: