Thursday, October 18, 2012

Untuk awak

Assalammualaikum.

Sesungguhnya hati ini sangat sebak dengan apa yang telah terjadi. Tak tertanggung rasa hiba di hati. Tak dapat nak ungkapkan rasa sedih.Tapi yang pasti saya percaya Allah beri ujian buat saya yang disebaliknya akan diberikan rasa bahagia suatu hari nanti.

Tanpa kita duga lahir rasa sayang dalam hati yang kita sendiri tak perasaan. Seolah olah ada yang berjaya buat hati ini bahagia setelah agak lama tak merasa perasaan sayang ke seseorang.Tapi perasaan sayang tu datang buat seketika.Tak sangka perasaan bahagia tu datang hanya beberapa bulan.

Layanan yang diberikan seolah olah diri ini sepertinya istimewa dalam hidup dia tapi apa yang saya harapkan itu semua tak wujud. Saya terlalu mengharapkan kasih sayang dari dia sampai kan saya tak pandang ada insan lain yang mengejar saya dari belakang.Saya langsung tak perasan.Hanya yang perasan hanyalah dia.Perasaan sayang membutakan segalanya.

Salah saya terlalu mengharap.Salah saya terlalu melayan.Sekarang diri sendiri yang sedih. Tak sanggup rasanya nak melihat dia gembira seperti biasa di timeline sedangkan saya menanggung perasaan sedih.Tak sanggup.Dan sebab kan itu jugalah terpaksa saya unfollow dia hanya untuk jaga hati saya dari menangis lagi. Saya minta maaf awak. Saya takkan stalk dia lagi.Take time untuk terima semua ni.Awak memang takkan faham apa yang kita rasa. Mungkin inilah cara yang paling berkesan untuk buang perasaan sayang terhadap awak.

Saya tak pernah salahkan awak dalam hal ni.Awak seorang yang baik saya tau tu dan sebab itulah pada satu ketika saya pernah menyayangi awak walaupun sekejap.Saya akan buang jauh jauh perasaan sayang ni.Saya nak mulakan hidup baru tanpa ada kenangan dengan awak.

Kawan? Memang mudah untuk awak katakan tapi saya yang rasa ni hanya Allah saja yang tahu rasa sedihnya. Kenapalah saya selalu rasa kecewa. Saya nak juga rasa gembira macam orang lain.Saya tak minta untuk bercinta.Sesungguhnya perasaan ingin couple memang dah lama terpadam dalam hidup saya. Saya tak nak tak nak!

Mungkin saya patut lupakan seketika pasal lelaki yang sering buat hati saya kecewa. Ya Allah sedihnya rasa hati. Ya Allah tabahkan lah hati hamba mu ini. Biarlah saya menangis sekarang.Sekurang kurangnya perasaan sedih .Dengan air mata yang mengalir semasa buat entry ini mungkin dapat membuktikan betapa sayang nya saya ke dia pada suatu ketika.

Sekarang saya harus terima kenyataan yang dia bukan untuk saya.Mungkin ada yang lebih layak dari saya untuk beri kebahagiaan kepada dia. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak dan saya tau tak mungkin kita jumpa lagi lepas ni.Awaklah kenangan terindah buat saya suatu ketika dulu walaupun sekejap. Saya faham situasi awak.Dan saya takkan pernah salahkan awak dalam hal ni.Saya yang tersalah anggap.
Maafkan saya awak. Saya akan simpan dengan baik baik baju yang awak pernah beri kepada saya dulu.Tu jelah satu satu nya kenangan yang saya ada. :')

Lagu yang sesuai untuk perasaan saya sekarang. Just click here. One direction - More than this




No comments:

Post a Comment