Monday, May 7, 2012

AKU

Sesungguhnya segalanya bermula dengan





Aku duduk keseorangan di bilik bertemankan kipas dan cahaya lampu yang menghidupkan mata segar ku pada malam ini.
Aku ditemani juga dengan lagu lagu yang dipasang dilaptop dengan ditutupi headset di telinga.






-----> Saja bagi nampak meriah sikit dengan      gambar  :D










Aku dengan sedaya upaya mengeluarkan cebisan idea untuk dikongsi bersama.
Aku dengan sepantas kilat menaip di Note yang berada di phone ku sebarang idea yang terlintas dibenak fikiranku sebelum dicurahkan di blog.
Bermulalah kisah "Aku" di sini.

Aku adalah salah seorang dari kaum hawa yang tidak mampu untuk memandang mata mahupun menatap mata insan yang bernama lelaki kecuali ayahku.
Aku cukup pasti ada saudari yang juga punyai spesis sama seperti ku.
Aku mengharapkan para lelaki janganlah kamu cuba untuk memandang mata ku.
Aku akan tertunduk sahaja pabila bercakap dengan kamu wahai lelaki.
Aku akan alihkan pandangan ku ke tempat lain atau cepat cepat berpaling dari mu wahai lelaki.

* Aku pernah terbaca seorang sahabat menyatakan lelaki bila berinteraksi dengan perempuan jangan pandang mata tapi pandang diantara dua mata. Dengan maksud lain pandang antara dua kening,bahagian batang hidung dan dahi.


Aku tidak tahu haruskah aku cemburu.
Tatkala ramai kawan kawan sering menjadikan dirimu sebagai isu hangat perbualan.
Aku hanya diam pabila mereka bicara tentang kehebatanmu,akhlakmu,wajahmu,perwatakanmu.
Kemana ku pergi tidak kira tempat atau masa.
Sesiapa sahaja bila ditanya mesti mengenalimu.
Bagiku kau terlalu susah  untuk dimiliki.
Apa yang harus aku lakukan hanya mohon doa dari illahi.
Aku tidak respect dengan manusia cepat sangat berubah hati.
Kata seorang sahabat lagi.
* Dont trust people whose feelings change with time. Trust those whose feelings remain the same even when time and circumstances change.


Aku tidak hingin menjadi wanita yang terhegeh hegeh mendambakan kasih.
Aku tidak hingin menjadi wanita yang "plastik" didepan lelaki hanya semata mata mahukan perhatian.
Aku hanya hingin persiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
Ah persetankan apa pandangan orang terhadap kita ( Maksud lebih kepada orang yang mengutuk kita)
Aku hanya hingin menjadi kebanggaan  kepada kedua ibu bapa ku.
Aku hanya hingin menjadi contoh yang baik kepada adik adik ku.



   ----> Maaf tulisan ku serius nampak hodoh. Create guna Paint dekat laptop sendiri xD









Aku cukup menyampah dengan manusia yang cukup suka cakap BOSAN berulang kali dalam hidup dia.
Aku kurang berkenan dengan manusia yang berulang kali cakap FOREVER ALONE.
*Cakap sekali sekala dah cukup.
Aku mengerti korang BOSAN dan FOREVER ALONE.
Apa kata korang cari inisiatif yang terbaik untuk menggembirakan hati kalian.
Takkan ada perkataan TIDAK atau TAKDE untuk mencari sesuatu yang terbaik untuk dilakukan.
Siapa siapa yang cakap TIDAK atau TAKDE,mereka mereka ini memang tergolong dalam manusia yang tahap pemalas maksimum hmmm

Aku hanya ada senaskah Al-Quran terjemahan yang kecil disaluti bekas berwarna pink.
Aku mengimpikan sudah agak lama untuk ada Al-Quran pelangi berwarna warni yang hanya jual di Indonesia sahaja katanya hmm








-----> Yes ini yang ku mahu kan. Cantik kan :)










Aku berharap sangat Al-Quran ini ada jual di Malaysia.
Aku juga berharap kalau kalau ada yang ingin menghadiahkan aku Al-Quran ini. Sungguh ku terharu.
Bukan hanya beli untuk dibuat sebagai perhiasan tetapi untuk dibaca juga.
Aku pesan untuk diri.
Aku memang cukup menyampah bila ada yang menyuarakan rasa tak puas hati pabila ada yang menginkin Al-Quran pelangi ini.
Kata segelintir manusia, mereka yang mahukan Al-Quran ini hanya untuk menunjuk nunjuk atau buat perhiasan di rumah.
Aku gelarkan mereka ini cetek fikiran.Berdosa manusia ini cakap sebegitu rupa.Serius rasa sedih pun ada.


Aku jika tiada  Al-Quran pelangi ini sekalipun,sentiasa nasihati diri jangan berhenti dari membaca Al-Quran.
Jangan berhenti dari membuka Al-quran untuk dibaca walau sebaris ayat dalam Al-Quran.
Demi Allah aku cakap pabila hati tak tenang,rasa sedih,cubalah baca Al-Quran.
Hati yang tak tenteram itu akan pulih lama kelamaan. InsyaAllah.
Aku cakap ni bukan auta tapi fakta.


Aku,aku,aku dan aku.
Segalanya bercerita berdasarkan "Aku"
Segala salah silap apa yang diperkatakan harap di maafkan.
Sesugguhnya apa yang buruk datangnya dari Aku dan yang baik itu datang dari Allah.

Nampaknya mata mulai layu.
Cukup sudah lah bercerita dulu.
Ada peluang akan Aku buat lagi entry yang baru.
Ku labuhkan tirai malam ini dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh :D


Tuesday, April 24, 2012

Jika rindukan seseorang pejamkanlah mata dan ucapkanlah



Ya Allah aku rindukannya kerana Mu,

Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada Mu.
Aku semakin mengerti jarak ini bukan menghukum ku tetapi jarak ini untuk menjaga aku,menjadikan aku lebih mengerti sifat sabar.Kesabaran dalam penantian.
Dengan jarak ini aku berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Dengan jarak ini aku berjanji untuk mencintai Pencipta lebih dari segalanya.
Dengan jarak ini aku berjanji untuk mendalami Islam dengan lebih baik dari sebelumnya.
Dan dengan jarak ini jua aku yakin andai tiba saatnya nanti aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

P/S : Hanya sekadar berkongsi. Sesunggguhnya diri ini masih sendiri,ianya lebih sesuai ditujukan kepada sahabat bukan hanya ditujukan buat pasangan sahaja. Tetapi lebih baiklah tadah tangan memohon doa dari yang maha Esa.Itu adalah cara yang lebih afdal dan kalian juga mesti dah tahu.

Saturday, March 10, 2012




Cuba bayangkan crush korang dah ada someone else. Apa reaksi korang??
Sedih,kecewa,rasa nak hantuk kepala dekat dinding,baling phone dekat lantai sampai berkecai,delete number dia.
Ooh perkara di atas itu normal yang selalu di alami kot haha.

Patutnya kan kita rasa lega bila crush kita dah ada someone else.
Sebabnya, lepas ni tak payah lagilah kita nak fikir pasal dia everytime ,stalk dia punya fb or twitter ,merindui dia sedangkan dia tak rindu kita pun.
Dah nama crush kan, memang biasa syok sendiri jelah rindu rindu ni.
Kira cinta tak berbalas.
Sedih kan kan

Tulah sapa suruh tak confess dekat si dia. Kan dah melepas.
Konon nak suka dalam diam. Lepas tu bila dapat tau crush dah ada kekasih mulalah kecewa bagai.
Baru padanlah muka kan.
Kadang kadang ego dalam diri tu yang menjadi penghalang dari nak tell to him/her yang you tu suka dia.
Dah suka cakap jelah suka.
Jangan lah buat si dia menunggu lama lama sampaikan crush korang tu cari lain.

Buanglah sikit sikap ego korang tu.
Luahkanlah dekat crush yang kamu suka sama si dia bagi lelaki lelaki ni.
Korang tak takut ke crush korang dirampas orang lain.
Lagi lagi kalau crush korang tu dikenali ramai.
Tak takut ke ha? ha? * tiba tiba emo

Kadang kadang bila crush say something dekat twitter mulalah kita cepat terperasan kononya tweet tujukan untuk kita sedangkan pada hakikatnya bukan.
Tu yang jarang nak tegur,nak retweet,nak mention nama dia. Seganlah katakan.
Nanti mulalah rindu kan bila dah lama tak contact.
Dah lama tak contact tu pergilah call ke message ke si dia tanya khabar, Say Hi,Hello,beri salam.

Yang lelaki ni ha cergaslah sikit.
Takkan nak mengharap bulan jatuh ke riba.
Tak salah nak call or message dekat dia.
Buat lek buat cool jelah.
Buat macam nothing happen.
Borak macam biasa biasa korang berborak.
Jangan tunjukkan sangat awkard kau tu.

Kalau memang dah takde jodoh terima jelah dengan redha.
Maybe dia bukanlah ditakdirkan untuk kita.
Tapi percayalah Allah dah simpankan untuk kita jodoh yang memang sesuai untuk kita InsyaAllah.
Yang penting kene usaha. Jangan duduk goyang kaki takde give effort langsung nak tambat hati si dia.
Kalau korang sekadar duduk diam tak buat pape jangan mimpilah nak kan si dia atau dapatkan si dia.
Memang takkan dapat. Menunggu aja memang tak berbaloi baloi!


* D tak boleh tidur time buat entry ni. Tiba tiba banyak idea mencurah pagi pagi .So ni lah hasilnya hehe
Dan juga sementara menunggu azan subuh berkumandang kan. Tangan rancak menaip dan sekali kali tu pandang twitter mana tau crush say something yang boleh buat D terasa haha. Silent reader kahkahkah.